Friday 5 August 2016

Perempuan

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM (بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ)

Perempuan muslimah yang menutup aurat dengan sempurna itu sangat cantik walaupun mukanya dipenuhi jerawat dan rembesan keringat. 

Sis bukannya nak jadi bajet ustazah ke apa tapi itulah sis terpaksa bagitau juga. Sis sendiri pun tak sempurna tapi sis pun sedang berusaha untuk menjadi hamba allah yang taat dan patuh segala perintahNya.

Ada ka hampa hampa kat sini tak sayang ayah hampa? memang soalan ni gila tapi tulah dari cara kita sendiri pun dah tunjuk yang kita tak sayang ayah kita. kalau sayang ayah kita, tutup dan jagalah aurat. Gadis yang sayang ayahnya pasti akan tutup jaga auratnya kerana dia tak mahu ayahnya diseret ke neraka Allah SWT. 

Kesianlah dekat kaum adam sama, pada bulan ramadan. mereka penat berpuasa. apa dah jadi dengan pahala mereka? berkurangkah? ataupun... bertambah? sudah tentu tidak akan bertambah..


ketahuilah wahai kaun hawa bahawa...

Masya Allah. 

bismillahirahmanirahim,
Ya Allah. jauh disudut hati ini inginku menjadi seorang hambaMu yang soleha.. Ya Allah.. Engkau Maha Mendengar akan rintihan-rintihanku kepadaMu Ya Allah.. Berikan aku kekuatan dalam menempuh segala urusanku.. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...jangan engkau palingkan hatiku ini daripada terus mencintaiMu Ya Allah... Sesungguhnya perkara yang aku takuti bila mana aku mati di dalam keadaan su'ul khotimah.. Ya Allah ampunilah dosa dosaku.. Dosa Keluargaku.. Dosa muslimin dan muslimat yang lain.. Ya Allah.. Engkau campakkanlah petunjuk dan hidayahMu kepada seluruh umat islam.. Ya Allah.. jauhilah kami dari api nerakaMu.. dan masukkan kami di dalam syurgaMu.. Ya Allah berkatilah seluruh umat islam.. dan matikan kami dalam keadaan Husnul khotimah...
Aamiinnn Ya Rabbal'alamin~~

maafkan saya kalau terkasar bahasa atau terguris mana mana hati. Assalamualaikum.



Saturday 23 July 2016

Bffuid.Squad OT9

HOLA ASSALAMUALAIKUM sisto sisto brade brade mokcik mokcik pokcik pokcik sekalian yang tengah membaca tu...

harini sis nak ceghita sikit lah kan tentang diri sis dan tentang bffuid. actually nothing special pun tentang diri sis ni HAHAHAHAHAH!

okay okay. nama sis najihah tapi ramai panggil jiah takpun jiji tak pun ji tapi paling famous kening la (nickname paling pelik)  Tahun ni sis akan duduki exam spm untuk tahun 2016 (sighs)  sis tertekan juga lah setiap kali sedara sedara mention tentang spm. ada juga mokcik mokcik yang tanya tentang result trial spm. Haaaa hat ni lagi stress. result apanya? tengok paper trial pun belum gi mokcik oiii... senyum ja aku masa tu HAHAHAHAHAHAH!! okay okay pass pass. okay, sis actually minat kpop minat korean dramas movies tapi jangan cakap sis tak minat tak sokong drama drama melayu hokaiiiii... sis ni actually budak yang baik budak yang dengar kata budak rajin budak yang sopan santun //tangan dibahu mata keatas// hokai hokai dah la takmo la sis intro diri sis lama lama kang ada yang terjatuh hati HAHAHAHAHAHAH!!!! 

beralih ke topik bffuid...

BFFUID. apa tewwwwwwww? bffuid? Bfood? apa apa jalah. asal susah sangat nak sebut? apa maksud bffuid tu? sejak bila bffuid ni wujud? acewahhhh banyak lak soalannyewww..

hokeii hokeii uolss, meh sini sis jawab. dah tau dah ramai akan sebut bffuid tu BFOOD kan? tau dah even my sedara pun sebut centu. tak larat nak betulkan dah (heavy sighs) sebutan dia actually kan uolss cenni B.F.F.U.I.D bukan bfood hokeiiiiii uolsss aduhaiii. apa makna disebalik huruf huruf ni? maksudnya, BESTFRIENDFOREVERUNTILIDIE pandai pandai lah uolss baca hehehehe... bffuid ni actually dari sis umur 13 tahun. Hampir 5 tahun kami bersahabat baik... insyaallah persahabatan kami kekal hingga ke jannah Allah. amin. uolss nak tengok ke tengok anak dara anak dara sembilan orang ni? jangan sampai hidung berdarah yeww uolss HAHAHAHAHAAHAH!!!
sis, kenapa ada 7 orang jewww? leadernim jadi jurukamera. sorang lagi ada dalam hati kitaorang

ini lah manusia yang tertinggal dalam hati tu uolss... tudung biru ni nama dia fina

fina ni bukan satu sekolah dengan sis tapi macamana dia boleh jadi salah satu daripada bffuid. sis pun sampai sekarang masih musykil. maybe sebab sis rapat dengan nad dengan namin dan lain lain. adalah satu ketika dahulu, sis tak berapa rapat sangat dengan fina ni dulu.. sis just rapat dengan 7 orang daripada bffuid ja. dia sorang ja tak berapa nak rapat sangat. masa bila tah sis tak ingat, bffuid ada install kakaotalk masa tu. nad pun create lah group chat lepastu invite semua members. nak dijadikan cerita, dia invite fina sekali. mostly bffuid semua minat kpop kecuali ana dan wawa ja. lepas dia masuk dalam group chat tu sis macam diam sekejap sebab tak tau nak type apa masa tu. tak tau cenna sis dengan fina dah rapat. mungkin sebab kpop kot. sis tau dia minat kpop HAHAHAHAH!! alhamdulillah, sampai sekarang kami bersahabat baik. and now she is my sweet pineapple hehehe..


(dari kanan) namin,sis,ana,nad,wawa,pea,farah yang bawah. sislah paling cute HAHAHAHAHAH!!! 

arie memang pandai ambil gambo...


semua tengah posing, cik arie jew kusyuk dengan phone lahai...


kembar paling comel hikhok. yang paling cute tu sis lah HAHAHAHAH!! takda lah gurau jekk, namin tudung hijo sis tudung krim


sis yang macam pewincess tu HAHAHAHAHAH aduh tak habis nak berangan. no la sis yang pakai flower crown tu. naad yang tudung hitam..

[sejarah NadJi] 

sebenarnya, sis dengan nad ni dulu bukannya kawan baik pun. kawan pun idok.. HAHAHAH!! kpop punya pasal kami gaduh. biasalah masih belum matang kan? masa darjah 6. sis minat group boyfriend. sis minat kwangmin. si nad ni pun minat jugak. Adalah satu haritu kan, kat sekolah, siapa tah bagitau sis yang nad ni minat kwangmin jugak.. so sis pun panas hati lah. balik sekolah terus buka fb. masa tu zaman facebook HAHAHAHAH!! pastu kan sis ada update status tentang apa sis tak berapa nak ingat. nak dijadikan ceghita kan? kawan sis sorang ni ada komen. dia cakap nad ni minat gila kat kwangmin. fuh sis bertambah panas lah uolsss... sis pun balas komen tu balik "kalang bakhang perempuan tu". disebabkan sis panas sangat hati masatu, sis tak terfikir langsung tentang perasaan nad. kejam kan? lepastu kan, masa form 1 kami jadi classmate. ya Allah ya tuhanku, hengkau ghasa? memang sis serabut sangat otak ni. pastu masa pendaftaran kan, nad ni macam nak berbaik dengan sis tu lah cuma sis ni ego terlampau meninggi. sis masatu tak sudi langsung nak tengok dia. senyum pun senyum terpaksa. kejam gila kan? honestly sis tak ingat macamana sis boleh make up dengan nad. mungkin dia move on dah kot dengan si kwangmin tu. lepas dia move on, baru sis sedar yang persahabatan lebih penting dari si kwangmin tu. so, sejak dari kisah paling terburuk di dunia ni. kami sekarang alhamdulillah masih bersahabat baik. and now she is my soulmate and my love. amboiii speaking kauuu yewwww. masatu kan actually nad tau yang sis ni minat kwangmin tapi tulah, dia pun 2 kali 5 jugak macam sis. ego nak matey. bila sis tanya balik cenna dia tau sis minat kwangmin. dia jawab dia terbaca komen sis kat status sis yang sis cerita tadi tu lah... aduh masa tu kan, sis memang rasa bersalah gila nak mati lah. adui kenapalah hang kejam sangat jiah oiiii. sampai sekarang sis tak percaya yang sis sanggup buat dia macamtu allahu. 

Tamat lah sudah...


Dear bffuid, aku harap kita kekalkan dan jaga persahabatan ni hingga ke jannah allah. always love u guys. fina, pun sama. hang duk jauh pun kena kuatkan semangat tak kira apa terjadi. kami sentiasa ada dalam hati hang. hang sentiasa dalam hati kami even hang tak ada disisi kami buat masa sekarang. i love oulss



Friday 22 July 2016

First Time

HAHAHAHAHAHAHA!!

nak type apa tak tau... memang perasaan macamni eh? bila first time nak berblog blog ni? Awkward sangat sis. ambik masa 30 minit juga lah nak fikir apa nak type ni, sambil fikir sambil garu kening (even kening takda)  HAHAHAHAHAHAH!! honestly, kat sekolah almost 1 tingkatan 5 panggil sis kening. Siapa yang first panggil sis cenggitu? meh sis ceritakan asal usul nickname kening ni (sighs)


PADA SUATU ZAMAN DAHULU, bermula lah alkisah... ha tak payah nak alkisah alkisah sangat la jiah oiiiii

okay okay, actually my cousin lah manusia yang cipta nickname pelik ni sampai separuh tingkatan 5 panggil sis cenggitu lahaiiiiiiii. persoalannya, apa kaitan my cousin dengan my schoolmates kan? tak lain dan tak bukan, melalui media sosial lah. adalah satu haritu sis upload gambo sis berselpie dengan cousin sis ni. lepastu sis pun uploadlah dalam instagram. tak sampai 5 minit my cousin comment. sis ingatkan dia nak komen "atototo comelnya" ke hapa ke. ni idok. boleh dia komen sis "kening mana kening" SUNGGUH CEKODOK BASI INI SEPUPU...

nak dijadikan cerita, my sahabat paling sayang ni namanya nad komen my photo and if im not mistaken, dia komen "KENING? HAHAHAHAHAH " ni lagi kurang hasam. bukan nak bagi kata kata semangat ni idok dia gelakkan kita lagi ada. sakit weh sakitnya tuh dihati iniii... start dari situ, nad panggil sis kening. sampai lah virus kening ni merebak sehinggalah sekarang :)) takpa uolsss, sis seorang yang tabah. sis tabah okay sis tabah (lap air mata guna hujung baju lengan)

ya Allah, isu kening pun boleh jadi ceghita nohhh. shh! ni rahsia antara kita kita je hokey uolss? jangan ceghita kat orang lain nah pftt. hitu aja lah buat hari ni uolss. ada jodoh kita jumpa lagi. bye bye bebeh. assalamualaikum